Thursday, September 01, 2005

Pejuang kemerdekaan yang sebenar dipinggirkan dalam lipatan Sejarah negara ini.

Merdeka, merdeka,merdeka. Bersyukur ke hadzrat Allah SWT kerana negara Malaysia kini sebuah negara yang merdeka ,bebas dari cengkaman penjajah dan menikmati faedah pembangunan .Dalam kita berbangga dan menikmati hasil pembangunan, kita seharusnya jangan lupa kapada pejuang kemerdekaan kita yang telah banyak berkorban demi mahu melihat negara ini bebas dan merdeka. Maksud saya bukan mengingati kapada mereka yang dikatakan memerdekakan negara ini saperti yang tercatat didalam buku-buku sejarah saperti yang diajarkan di sekolah-sekolah hari ini . Apa yang tercatat di buku-buku sejarah sekolah adalah cerita-cerita dari perspektif kerajaan UMNO yang sememangnya mahu menonjolkan peranan yang mereka mainkan sahaja ,sementara memperkecilkan peranan pihak-pihak lain yang tidak sehaluan dengan mereka .
Untuk pengetahuan anak-anakku dan cucu-cucuku dan siapa sahaja yang membaca halaman ini, sebenarnya semangat kemerdekaan di negara kita ini telah wijud jauh lebih lama dari tahun-tahun sewaktu UMNO pimpinan Dato Onn Jaafar dan Tengku Abdul Rahman ditubuhkan . Umno ditubuhkan dengan direstui pihak penjajah British pada tahun 1946 , sedangkan api kemerdekaan telah lama dikobar-kobarkan oleh pejuang kemerdekaan saperti Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Tok Bahaman,Mat Lela,Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain. Dalam tahun 1930an disambung pula oleh pejuang-pejuang saperti Ibrahim Yaakub,Ishak Hj.Muhammad( Pak Sako), Dr.Burhanuddin Hilmi, Prof.Zulkifli Muhammad dan lain-lain . Mereka inilah yang telah menubuhkan Partai politik yang pertama iaitu Kesatuan Melayu Muda ( KMM )pada Mei 1937 di Kampong Baru,Kuala Lumpur sehingga ianya diharamkan oleh pihak penjajah Jepun pada tahun 1942 kerana ia menjadi ancaman kapada mereka .Kemudian pada 17 Oktober 1942 ditubuhkan pula Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di Ipoh . PKMM terdiri dari gabungan pertubuhan-pertubuhan :-
1. Angkat Pemuda Insaf ( API ) yang dipimpin Ahmad Boestamam.
2.Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) yang dipimpin Shamsiah Fakeh.
3.Barisan Tani Malaya (BATAS) yang dipimpin oleh Musa Ahmad.
4.Jabatan Kerja Melayu (JKM) yang dipimpin Alimin dan Abdullah CD.
5.Hizbul Muslimin yang dipimpin Us.Abu Bakar al Baqir dan Dr.Burhanuddin al Hilmi.
6.Gerakan Angkatan Muda (GERAM) yang dipimpin A.Aziz Ishak.
7.Kesatuan Buruh seMalaya pimpinan Abdullah CD.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union pimpinan Abdullah CD.
9.Kesatuan Opera Melayu
10.Persatuan Pemandu Teksi
11.Majlis Agama Tertinggi se Malaya (MATA) pimpinan Abu Bakat al Baqir.
Apabila penjajah British kembali menjajah negara ini mereka telah menganjurkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1948 yang boleh bekerjasama dengan mereka . PKMM adalah sebuah partai politik yang enggan bekerjasama dengan pihak penjajah dan kewujudannya menjadi ancaman kapada mereka . Pada 18 Jun 1948 PKMM diharamkan oleh penjajah . Bekas ahli PKMM tiada jalan lain selain menyertai UMNO, sebahagian yang lain pula menyertai Partai PETA( Pembela Tanah Air ) yang ditubuhkan selepas PKMM diharamkan dan sebilangan kecil bergabung dengan pihak Komunis di hutan untuk memulakan perjuangan gerila . Saya cukup menyanjung pengorbanan mereka yang yang saya nyatakan saperti diatas kerana pengorbanan mereka adalah sangat ikhlas dan jujur .Mithalnya Ishak Hj.Muhamad seorang pelajar lepasan Malay College MCKK, Kuala Kangsar yang kemudiannya menjadi seorang Majistret , boleh hidup senang jika terus bekerja dengan penjajah , tetapi memilih untuk bekerja sebagai wartawan dimana beliau boleh menggunakan mata penanya untuk membakar semangat orang Melayu pada masa itu .Begitu juga dengan Ahmad Boestamam yang sanggup merengkok dalam penjara penjajah berpuluh tahun lamanya kerana enggan bekerjasama dengan mereka . Pada masa itu kebanyakkan orang Melayu cenderung dengan pemaham Presiden Soekarno untuk menubuhkan Empayar Melayu yang dipanggil Melayu Raya meliputi Indonesia, Malaya, Singapura,Sabah,Sarawak ,Brunei Filipina dan Pattani ( Selatan Thailand ). Takutkan ianya akan menjadi ancaman, pihak penjajah mengharamkan PKMM dan menaja penubuhan UMNO yang setuju/patuh dengan mereka - itulah cara ' pecah dan perintah ' ( divide and rule ) . Beberapa pejuang negara ini terpaksa lari ke Indonesia kerana mereka dikehendaki tangkap oleh penjajah Inggeris .Mithalnya Ibrahim Hj.Yaakub yang menyertai TNI ( Tentera Nasional Indonesia ) hingga menjadi seorang General .Beliau meninggal dunia di Indonesia .
Mereka ibarat lilin yang membakar diri dan terpinggir dalam lipatan sejarah serta tidak diketahui oleh generasi baru .Harapan saya satu hari nanti sejarah ini akan diperbetulkan , kerana tiada siapa boleh membohongi sejarah .

No comments: